Hatiku takut untuk mendekatimu,
Ku biarkan derita dihatiku,
Agar aku tidak bertemu denganmu.
Wahai dunia,
Kenapa begitu cepat masa berlalu,
Bukan senang untukku melupakanmu,
Kerana aku ingin mengenalimu.
Setiap malam kita bersama,
Setiap hari aku merinduimu,
Setiap masa aku menunggu khabar darimu,
Apakah engkau sama sepertiku?
Tapi kini masa telah berlalu,
Hingga aku tiada masa untuk bersamamu,
Aku tidak mahu berjauhan darimu,
Kerana aku sangat menyayangimu.
Hari demi hari,
Semakin sukar untuk aku lalui,
Kerana perasaan itu terus menghantuiku,
Aku redha dengan like kehidupan,
Biarlah takdir yang menentukan segalanya.
Kenapa harus aku yang alami ?
Setiap kesedihan yang aku rasai,
Aku tidak kuat untuk melalui onak berduri ini.
Kini aku kesepian, biarlah aku merenung nasib diri sendiri.
😞😞😔😔
😞😞😔😔