Alhamdulillah sejak aku tinggal di Kuala Terengganu ni aku banyak belajar dari sahabat aku Ahmad Lutfi. Beliau berumur 23 Tahun. Wlaupun kami baru berkenalan ... kami seakan-akan dah terbiasa. Pada awalnya kami tidak rapat seperti hari ini. Tapi bila dia minta tunjuk ajar akan masalah yang dia hadapi. Kami menjadi closed. Beliau merupakan kawan yang paling supportive yang pernah aku kenal. Kahkahkah. Kekadang lawak hambar dia membuat aku ketawa terbahak-bahak. Sebab apa ? Sebab lawak dia tak menjadi doo. Huhuhu. Zaman sekarang cukup susah nak cari kawan yang betul memahami kita. Walaupun terkadang ada jugak dia buat aku sakit hati tapi aku biarkan kerana aku tak mahu persahabatan kami renggang akibat daripada perkara yang kecil. Syukur Alhamdulillah Allah telah pertemukan kami berdua dimana banyak suka dan duka kami lalui dan aku akan jadikan sebagai kenangan yang tak dapat diulabgkan kembali. Kehidupan aku disini sangat rumit dimana aku terpaksa berdepan dengan karenah manusia yang berbagai ragam. Bagi aku Ahmad Lutfi ni tidak pedulikan apa pandangan orang lain terhadap dia. Dia selalu berfikiran positif. Ada satu masa aku memarahinya kerana sikap beliau terlalu baik dan selalu berfikiran positif walaupun ramai yang telah melakukan kejahatan terhadapnya. Hidup dalam Arena ibarat mula-mula hidup dan belajar untuk mengetahui apa yang betul dan apa yang salah. Terlalu banyak pengaruh yang cuba merumitkan keadaan. Sebagai contoh, pada hari pertama aku jejak kaki dekat Arena , ramai yang memesan dekat aku pekerja ni macam ni.. pekerja tu macam tuu. Aku hairanlah, lebih baik aku cuba mengenali mereka dengan cara aku sendiri. Aku tak kisah dengan apa yang berlaku. Berbalik pada Ahmad Lutfi ni.. aku cukuo kagum dengan sikap beliau yang suka menghiburkan hati ramai orang. Kata2 dia aku selalu ingat 'Berdiam itu lebih baik'. Sampai sekarang aku teringat. Sekarang ni aku menghitung hari untuk balik ke tempat aku dan berhenti dari Arena. Agaknya lepas ni dah susah aku nak jumolpa dengan dia ni. Harap2 dia tidak lupakan aku lepas ni. Semoga Persahabatan ini kekal ke syurga. Ammeen