Monday, 2 October 2017

Dunia

Dari awal aku mengenalimu ,
Hatiku takut untuk mendekatimu,
Ku biarkan derita dihatiku,
Agar aku tidak bertemu denganmu.

Wahai dunia, 
Kenapa begitu cepat masa berlalu,
Bukan senang untukku melupakanmu,
Kerana aku ingin mengenalimu.

Setiap malam kita bersama,
Setiap hari aku merinduimu,
Setiap masa aku menunggu khabar darimu,
Apakah engkau sama sepertiku?

Tapi kini masa telah berlalu,
Hingga aku tiada masa untuk bersamamu, 
Aku tidak mahu berjauhan darimu,
Kerana aku sangat menyayangimu.

Hari demi hari,
Semakin sukar untuk aku lalui, 
Kerana perasaan itu terus menghantuiku,
Aku redha dengan like kehidupan,
Biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Kenapa harus aku yang alami ?
Setiap kesedihan yang aku rasai,
Aku tidak kuat untuk melalui onak berduri ini.
Kini aku kesepian, biarlah aku merenung nasib diri sendiri.

😞😞😔😔

Sunday, 19 March 2017

Hari Peperiksaan

Assalamualaikum,

Pada hari ini saya rasa sangat mengantuk dalam dewan kuliah. Saya terpaksa hadir ke kuliah sebelum peperiksaan pada petang ini. Peperiksaan bermula pada jam 3.30petang sampai 4.30 petang.

Kertas pada petang ini ialah "community health". Kertas yang biasa tetapi 3 jam kredit. Jadi saya terpaksa betungkus lumus untuk hadam segala isi yang ada dalam buku ini. Saya , Zaim dan Faqih hanya belajar sedikit saja. Tak mampu nak hadam semua topik yang kami belajar selama 11 minggu.

Peperiksaan Pertengahan Semesta ini sangat penting untuk melayakkan diri untuk mengambil Peperiksaan Akhir Semesta. Hanya 15% untuk peperiksaan ini dan 15% dari assignment. Jadi 30% markah untuk dibawa ke Peperiksaan Akhir Semesta.

Berbalik pada gambar itu, sebenarnya kami belajar sambil menyanyi. Kami tidak tahu kenapa , tapi itu cara kami belajar. Adanya kawan sebegini , kita dapat elakkan diri dari menghadapi tekanan akibat belajar. Betullah kata orang yang kita perlu "Study Smart not Study Hard". ZAIM, ISMA, FAQIH dan Saya (MUSLIM) akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai profesion kami sebagai Medical Assistant.

Boleh dikatakan setiap malam kami berkumpul dibilik Zaim dan isma untuk mengeratkan lagi sillatulrahhim antara kami. Berkumpul dengan cara begini kami dapat banyak perkongsian dari pelbagai jenis tidak kira cerita apa sekalipun. Bagi saya, kami dapat menghiburkan diri kami dengan cara begini.

Tetapi hari ini kami kecundang sebab Saya, Zaim dan Isma tidak mampu menahan betapa mengantuknya kami dalam dewan kuliah. Hanya Faqih mampu bertahan. Tapi saya salute member yang duduk sebelah kiri saya iaitu Dzikry yang langsung tidak pernah tidur didalam dewan kuliah. Hebat anak muda !

Mungkin setakat ini saja saya dapat kongsikan. Bukan selalu yang "Berblog" as a Blogger. Tapi sejak kebelakangan ini saya terlalu kosong untuk tidak berbuat apa. Jadi ini saah sati cara untuk saya mengisi masa lapang saya. Nak cakap saya student medic macam kurang layak. Tapi saya belajar medic walaupun masa SPM saya bukan aliran sains ☺.

Jadi itu saya yang saya dapat kongsikan. Jadi saya undur diri dulu . InshaAllah kita akan berjumpa lagi 😄 Assalamualaikum

Kawan

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin bercerita sedikit pasal persahabatan kami di kolej ini.

Sebenarnya persahabatan kami baru akrab pada tahun lepas. Perjumpaan antara kami merupakan satu anugerah daripada Allah. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kami peluang untuk saling mengenali antara satu sama lain.

Persahabatan ini sangat saya hargai. Ukhwah fillah terjalin sangat akrab bila kita berkawan kerana Allah. Ukhwah kami makin rapat bila kami cuti semesta pada tahun lepas dan kami berjumpa dirumah. Kami empat orang semuanya berasal dari Kelantan. Saya tinggal di bachok. Zaim dan isma di tumpat dan Faqih di machang.

Dengan persahabatan ini saya dapat mengenal banyak hal, dengan mereka juga saya dapat belajar tentang matapelajaran yang saya kurang mahir. Saya berharap kepada Allah agar dikekalkan persahabatan ini sampai bila-bila. Saya sangat sangat sahabat saya. Bukan mudah untuk kita kekalkan persahabatan ini.

Saya rasa cukup sampai disini saja. Mungkin saya akan sambungkan pasal sahabat saya pada masa akan datang.